Tuesday, August 21, 2018

Hiking : Nak Mula Balik

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh! 

Sedar tak sedar, rupanya hampir dua tahun tak menjenguk blog ni. bila tengok blog rakan blogger sebaya yang selalu sama-sama blogwalking dulu, ramai dah slowdown menulis. tapi ada jugak yang maintain kencang macam abang hans. bila tengok entry-entry dalam blog ni, rasa dalam hati tu semangat nak mula menulis, bercerita balik. tapi biasanya seminggu lepas tu, senyap sunyi lah pulak. maafkanlah hamba atas kelemahan ini. kekangan masa, kesibukan kerja memang punca utama. haha.. 

Okay lah.. saya mulakan cerita hari ini dengan aktiviti yang dah sekian lama saya tinggalkan. kalau dulu, aktiviti mendaki gunung ni memang saya cukup suka. tapi takde lah banyak gunung dan bukit yang saya dah tawan. seingat saya, yang dah berjaya saya naik ke puncak, Gunung Santubong dan Gunung Serapi di Sarawak. paling mencabar pernah dibuat Gunung Sinai di Mesir. mencabar bagi saya sebab berjalan dalam gelap dan suhu yang sejuk sampai tahap kebas tangan. mula bergerak naik ke Gunung Sinai pukul 12 tengahmalam, kita sampai ke puncak lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi sebelum subuh. boleh tengok matahari terbit. Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah. 

Pemandangan atas Gunung Sinai

Bila dah lebih tujuh tahun tak hiking dan takde aktiviti sukan yang konsisten, ditambah usia yang semakin meningkat, saya dapat rasa, risiko untuk dapat penyakit seperti masalah jantung dan lain-lain penyakit tu sangat tinggi. betul-betul ni! sekarang menulis dalam mode sedar diri, harap jangan hilang lagi keinginan untuk hidup sihat ni. haha.. 

Untuk permulaan, awal Ogos hari tu pergi ikut rombongan kursus naik Bukit Semarak di Sungai Petani. biasa orang panggil Bukit H. tak tinggi sangat, kira okay la untuk permulaan bina stamina yang dah sekian lama 'semput memanjang' bila bersukan. lapangan kerja sekarang mungkin akan menjadikan saya lebih kerap bersukan dan buat aktiviti yang sihat. semoga terus istiqamah. amiin.. 

Atas puncak Bukit H atau Bukit Semarak Sungai Petani, Kedah

Petang ni akan cuba naik Bukit Batu Putih, Melaka. kalau ikut peta, memang di Melaka. tapi dekat je dengan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. ada gambar, ada cerita, nanti saya kongsi. doakan semangat hiking ini berterusan, mana la tau, suatu hari nanti sampai ke puncak Kinabalu. hehe.. 

akhir kata.. selamat kembali menulis. (^^,)

Wednesday, October 19, 2016

Thursday, October 13, 2016

Cara Hidup Sihat Inspirasi Hari Sukan Negara

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!!

'Sekian lama menyepi' umpama ayat yang biasa saya taip setiap kali buat entry. niat nak aktif menulis namun sering terbatas dengan pelbagai urusan. nak kata sibuk sangat, takde la jugak. doakanlah semoga motivasi untuk terus menulis kali ini berterusan lama.

Sejak tidak lagi bergelar 'student', aktiviti sukan saya juga menjadi sepi. tiada futsal, tiada jogging. akhirnya berat badan bertambah dengan drastik. tahun 2010 saya masih lagi naik turun gunung, main futsal hampir setiap petang dan lain-lain aktiviti untuk sentiasa fit. selepas berkahwin, aktiviti itu bukan berkurang, tetapi hampir tiada. rasanya baru sekali main futsal awal tahun ni dengan rakan sekerja, saya akui stamina tak sekental dulu. niat nak main futsal selalu tu ada, tapi ada saja halangan yang kadang saya fikir balik boleh dielakkan untuk terus bersukan.

Merenung badan yang bertambah 'sado' di perut, stamina yang selalu semput walaupun bukan buat kerja berat, makan minum tidur berulang kali, lalu saya ambil keputusan untuk berjogging dan bersenam setiap petang. Alhamdulillah berkekalan sejak dua minggu ini. walaupun ada harinya saya tak dapat jogging sebab hujan, saya tetap bersenam di dalam rumah, ambil masa sekitar 30 minit sudah mencukupi. cukup la kot, berpeluh lebat jugak melompat sana sini. target buat masa ini, kempiskan perut. hahaha..

Saya banyak tengok video di youtube untuk belajar cara senaman yang betul. equipment untuk betul-betul sado buat body memang takde lah. belum lagi ke arah itu. tapi akan difikirkan selepas ini. biarlah target sekarang untuk kempiskan perut dan terus fit. ramai sangat dah menegur perut saya sudah maju dan sebagainya. bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat bukan saja baik untuk penampilan, namun baik untuk kesihatan diri kita sendiri. jangan dah sakit baru nak bersenam, itu mungkin sudah terlambat.

Jom! sama-sama amalkan gaya hidup sihat. jangan setahun sekali je time Hari Sukan Negara. hehe..

Gambar Disember 2009 ni bukti saya dulu kurus dan kacak.
biarlah jadi bukti ke anak cucu.. hahaha

Gambar tahun ini bersama isteri yang menampakkan kekentalan lemak di leher saya..

Nota Kaki :
Ada orang kata, bila dah kahwin, jadi gemuk, berat badan naik, itu tandanya bahagia.. saya percaya! siapa setuju?